“Hidup hanya ada erti pada yang bahagia.”

entry hari ini .

apa yg berlaku hari ini terlalu membuka mata saya betapa saya beruntung nya diatas sumua nikmat yang ALLAH berikan kepada saya . tapi saya sebagai hamba yang lalai sering kali melupakan nikmat ini . petang tadi merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi saya . persepsi saya kepada bangsa arab neh berubah . tidak semua mereka yang tidak mesra . kebanyakkan mereka sangat mengalu alukan kami . rakyat malaysia . terlalu bangga kerana saya rakyat malaysia . terkenal dengan negara islam yang ulung . adakah benar ? tepuk dada tanya lah diri kita sendiri . sebagai generasi baru rakyat malaysia kita patut merealisasikan apa yang bangsa arab neh bangga kan tentang kita . lawatan kami ke markaz hifzi palestin tadi begitu membuka mata saya bahawa ilmu disini sangat berguna . tabarakallah . kami begitu dialu alu kan disampai dan pak cik pak cik penjaga disini tersangat lah ramah . biarpun mereka tidak paham dengan bahasa mite . mereka tetap berusaha untuk bercakap dengan kami semua . haha . tersangat laa seronok tadi ! tengs to sist amira sebab bawak kitowg sumer datang ke tempat tadi . masa nak balik kami dijemput ke rumah penjaga markaz hifzi saudari dibah . berumur 55 tahun dan belum berkahwin . kitowg tnye laa dh berkhwin ke tidak . beliau dengan senang hati jawab saya akan berkhwin di syurga nanti . insyaALLAH . jodoh di tangan ALLAH . kami solat maghrib sama sama dan dia dengan senang hati menjemput kami makan kat rumah dia . kami terpakse laa terima . suke sangat sebab first time makan dengan keluarga arab . dihidang kan satu dulang besaa nasi yang dipanggil maklubah sejenis nasi yang dimasak dengan ayam kuah laban ataupun susu masam or yogurt dan terpakse menelan kopi herba dowang yang super pahit ! haha . dengan sekali nafas saya menghabiskan secawan kopi pahit itu . gile punye pahit . tapi saudari dibah uhh cakap ia bagus untuk sistem penghadaman kite . berkongsi satu dulang dengan mereka membuat kan saya rasa bangga sangat sebab ALLAH memberikan saya peluang ini . dan kita xbleh lupa bahawa nabi kita adalah berbangsa arab . so pengalaman neh begitu bermakna bagi saya . mungkin suatu hari nanti saya akan kembali ke tempat ini lagi . 
ukhuwwah fillah . 

humaira' . saya bangga dengan awak hari ini dan akan terus banngga dengan awak selagi awak berusaha keras untukk berubah . ameen~~
semoga allah mengampunkan segala dosa dosa lalu . 
=.=