“Hidup hanya ada erti pada yang bahagia.”

I'm lost

Jangan patah hati bila membuat kesilapan dan dosa tambah pula dosa tu yang sama kita ulang puluh dan ratusan kali.

Rasa terlalu hina diri hingga kononnya malu bertaubat pada Allah disebabkan kesalahan yang terlalu kerap sebenarnya satu bisikan syaitan yang ingin melihat kita putus asa dari rahmatNya.

Rahmat Allah mengatasi kemurkaanNya pada hambaNya yang terus menerus bertaubat padaNya. Antara hikmah Allah jatuhkan kita di lubang yang sama adalah untuk melihat kita sabar, bangun, bertaubat, terus menerus mujahadah dan berharap pada bantuan Allah.

Kemuncak kepada kesabaran ini adalah kita dapat membebaskan diri dari rasa bergantung pada amalan dan usaha kita, berpindah kepada memandang segalanya kepada Allah dan akhirnya mencapai ikhlas yang sempurna dalam mengharap kepada Allah.

Perkara ini memakan masa yang lama, setahun, 10 tahun, 50 tahun atau mungkin seumur hidup kita. Ianya bergantung kepada kesungguhan mujahadah kita.

1 hits:

Wanita Collection dijo...

i really like your blog..especially ur header..cute!!