“Hidup hanya ada erti pada yang bahagia.”

officialy,i'm sorry

you , really sorry..i mean it..okay ?
enuff!
bai!





''adik perempuan'' kena rogol

"Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri."

======================================================

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik

itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik

perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata

si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh>dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa

menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik

lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si

abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.

Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan

khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk

sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq

+ abang-abang itu Pengerusi OIC (Cuba teka siapa?) & negara-negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC



sumber : facebook



okay dah bai ! penat menunggu pakcik tu bersiap -.-

jangan bersedih

kadang kadang kita berdoa untuk kuat
tapi kenapa banyak dugaan
kadang kadang kita mintak kelapangantapi kenapa masalah pula datangkadang kadang kita mintak kebahagiaantapi huru hara pula jadinya
dugaan menjadikan kita kuat
masalah menjadikan kita berfikir
huru hara menjadikan kita tabah
kalaulah kita tahu hadis ini ,

telah berkata Jibrail
''wahai Tuhanku , Engkau sampaikanlah hajat hambaMu''

maka Allah menjawab
''Biarlah hambaKu itu , kerana Aku mencintai suaranya''

so , jangan berputus asa
blogger-emoticon.blogspot.com


okay dah bai .

final !

salam imtihan . 
melaporkan , tarikh tarikh yang akan membuatkan semua orang berada ditahap oh-i'm-stress-so-don't-disturb-me . (aku la kot)


Prinsiples of Mathematical Economics : 16 Mei
Prinsiples of Accounting : 17 Mei
Prinsiples of Islamic Bank : 23 Mei


and , bahasa arab istidraki . tatau lagi


Yallah Yallah ! hayya 3'lal Falah *-*


okay dah bai ! maafkan salah silap . akan kembali :)

100 bende pasal aku

1.aku cepat bosan
2.aku suke budak kecik yang tak menangis
3.kucing aku dulu name bobyaww . dan telah dicuri
4.aku suke minta maaf . (certain orang)
5.aku ego
6.semua keluarge belah mak aku ade 'Nik' dan aku dan adik aku kedua je tade
7.aku sulong
8.aku cepad menangis if aku nak marah
9.aku suke tido
10.selalu comot bile makan eskrem
11.love sweet 
12.suke kaler biru
13.impian aku tyme kecik , aku nak twin (kembar aku)
14.if aku cakap aku sayang , please believe
15.tyme bangun pagi , aku akan bangun dan fikir jap (biarpun tatau pikir ape)
16.addict dengan Bustin Jieber (baca Justin Bieber) suatu ketika dulu
17.tak suke orang cakap besar
18.sangat menyampah dengan orang buat buat sombong
19.aku budak oversea
20.aku minat Cikgu aku kat sekolah rendah (dulu)
21.mostly orang akan panggil aku dengan panggilan 'Umai'
22.aku suke gaduh (dengan certain orang)
23.aku cepat rase bersalah tapi if ego aku lagi tinggi , abaikan .
24.aku suke stalker facebook orang(orang yang aku minat je)
25.sekarang berat aku dah maintain (45kg)
26.addict sangat dengan kaler koko

27.tak boleh buat study group over 4 orang keatas . bising
28.aku lambat 
29.aku takleh study if perut aku belum terisi
30.aku susah nak percaye if orang cakap die sayang
31.dulu aku takut tidur dalam gelap . sekarang tak
32.aku sangat boros
33.aku photogedik :3
34.aku suke gambar
35.aku rajin download picture from Tumblr
36.aku suke watak Hermione
37.dulu aku handal dalam Tae Kwan Do
38.aku budak biase
39.sangat mudah simpati
40.mudah touching
41.aku tak suke peduli hal orang ape orang kate pasal aku
42.jika aku serious , please serious 
43.aku suke main main
44.janji orang , aku sangat ingat
45.dah lame aku tak makan Blueberry Cheese Cake (kenangan)
46.aku takut dengan semut yang banyak
47.aku suke kelajuan
48.kadang kadang aku sangat tenang
49.tak suke senyum if dengan orang jenis sombong
50.aku bukan girlfriend yang baik
51.aku malas memasak , but if ade mood aku masak
52.aku mungkin isteri yang baik . insyaAllah
53.pernah minat Siti Nurhaliza . sekarang tak
54.aku nak sangat kidal macam mak aku
55.i have dimples
56.i love my walkman 
57.i love to sing when i stress (abaikan suare buruk aku)
58.aku tak kaya harta
59.aku sayang adik beradik aku yang ramai itu
60.aku suke trial and error
61.if aku jatuh cinta , aku akan betol betol jatuh
62.kadang kadang aku ni jenis no feeling
63.penyegan
64.aku ade teman yang paling rapat . Nur Hasnida (everything aku share)
65.jika aku berkawan , aku tak suke berkire
66.suke belanje orang tyme aku ade duit
67.sangat setiakawan
68.sedang menunggu Mista Right
69.aku tak suke menunggu
70.aku open
71.aku bukan nerd
72.sentiase mengantuk
73.dulu tak suke bahase arab . sekarang tak
74.paling menyampah bile berkawan , kejap kejap je
75.aku sporting , jangan risau . 
76.tak suke sangat formal
77.tak suke tekanan
78.suke hitam putih
79.suke bergurau
80.if aku senyap , means aku ade prob
81.aku single
82.tarbiah under processing
83.jika aku down , first thing akan jadi , fikiran aku tak betul , then aku akan pikir balik ape yang patot aku buat
84.sepanjang hidup aku , aku tak pernah sampai ke Pulau Langkawi
85.sepanjang hidup aku , aku rase 5% je aku ingat ape yang aku mimpi
86.aku tidur senyap . believe me
87.kadang kadang aku selalu blur
88.if aku rase soalan tak perlu ditanye , fikir logik aku takkan tanye
89.aku selalu lupe apa yang aku nak lupe
90.aku kurang minat main game . sebab tak pernah menang
91.aku tak suke rumit rumit
92.aku suke buat keje simple
93.sangat manja (bertempat)
94.bile au marah , jangan sape sape dekat
95.sangat kalut (bertempat)
96.ta reti menghargai
97.tak faham apekah ikhlas
98.dulu aku nak jadi interior designer
99.aku yakin , aku ade bakat . (ikut la paper semua jadi bakat untuk aku)
100.sebenarnye , aku complicated


okey , aku dah citer hal aku . so , nice to know me ? huh ? mengarut je !

MySpace

okay dah bai!

picture message ii




pengajaran , jangan buat something tuu nak balasan . bukan doktor je k ? 


hurm , i love to tumblr after my facebook was deactivate . hurm . 


okay dah bai !

saya tak pandai masak . so what ?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
sumber : iluvislam.com

Don't talk to me about Muhammad

act , sebenarnye cerita ni diambil dari lagu Dawud Warnsby Ali .





kisahnye , ade seorang perempuan tua ni . tengah bawak barang , mase kat tengah jalan , Rasulullah datang untuk menawarkan diri untuk membantu perempuan tua tu bawak barang ke rumah . then semase dalam perjalanan tu , perempuan tue ni asyik bercakap pasal Muhammad . die pesan kat  Rasulullah , jangan dengar ape yang Muhammad sampaikan . tentang ajaran yang Muhammad seru . dan bla bla semua la . then sampaila kat rumah perempuan tua tu , then perempuan tua tu tanye siapakah name kamu wahai pemude ? kamu terlalu baik bla bla bla kerana tolong saye . 


then , pemude yang bawak barang tadi cakapla . name die Muhammad


then perempuan tua tu pun mengucap kalimah syahadah..


comel kan ?


enufff berblogging for today :)


good Friday uh ?


manfaatkan Jumaat .


okay dah ! bai !!

cara nak kire mua'dal (pointer)

camni ,


markah=pointer 


80-100 = 4.00
75-79   =3.67
70-74   =3.33
65-69   =3.00
60-64   =2.67
55-59   =2.33
50-54   =2.00
45-49   =1.67
40-44   =1.33
35-39   =1.00
30-34   =0.67
......     =.....






contoh , 


kite amek 4 madah untuk satu sem


so , 


pengiraan muadal untuk sem tu seperti berikut :


contoh je ni :


masorif : 75
akaun : 80
math eco : 60
tashrik : 65 


so , die akan jadi macam ni :


75 = 3.67 x 3 (jam kredit) = 11.01
80 = 4.00 x 3 (jam kredit) = 12
60 = 2.67 x 3 (jam kredit) =8.01
65 = 3.00 x 3 (jam kredit) =9


then tambah semua mua'dal yang dah didarab tadi


11.01+12+8.01+9 = 40.02 


then bahagi plak dengan jumlah semua jam kredit (12) 

40.02
-------- = 3.335 <-------- inilah pointer kite untuk satu sem
  12




kalau nak kire untuk satu tahun pengajian ,
kire dengan cara yang same tapi kire secara amek semua markah dari 
sem satu , sem dua dan summer sem then buat pengiraan seperti kat atas . 




faham ? ta faham tanye (_ _')


ni rase macam cuak gile ni . adoyay -.-


teruskan belajar ye humaira' ! jangan malas malas




MySpace






okay dah , bai !

tade motif

hai u'ols..


mood sekarang : rase bebas jap . fasa imtihan thani dah complete . muahahaha 
tadi exam riadi . and ntahpape . soalan aku rase senang je kot . but padah aku jela . tak study . hem . balik wat muke ta bersalah (main tande je jawapan) . cis ! buang duit je aku ni . hem . fokus untuk final . 


hem . jem jap , fikir fulus . hadoiiih . Jordan Dinar buat aku rasa sangat menyampah . bulan ni semua orang mintak duit . bayar tu ini . urghh ! 


sape cakap belajar oversea best ?? macam mane laa aku bleh terime nak study kat sini . hadoiihh . nak balik !


ish , ciri orang ta bersyukor . 


haiz . 


okay dah , bai !

MySpace

money is evil ? hemm -.-

esok riadi

    Y=C+S
    Y=E
      =C+I
C+S=C+I
    S=I
(leakage) = (injection)


Formula ni pun aku tembak..esok ? aduss . drop tanak drop tanak drop tanak drop tanak 48jd 48jd 48jd 48jd rm240 rm240 rm240 rm240 . boleh beli ayam brosted kat Dale' Karshak selame sebulan -.-


Study woi ! dah dah laa berblogging ! 
hadoi . 




okay dah bai !

jangan pernah mengeluh !

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !





jangan mengeluh untuk menimba ilmu kerana masih ade diluar sana yang dahaga kan ilmu tapi tak kesampaian . mabadi' fi iktisod riadi , please being nice to me :')


okay dah bai !

ohh ! bosan gile

haa ! hamek kau . sape hari tuu nak aku post banyak . (eh ade ke ? )
bapak bosan gile malam ni . tatau nak buat ape daa . adoyay ! dah nak habes bulan empat daa . meaning , hoomaigod ! final exam ! please please please ! nak result yang terbaek ! but kene usaha la kan ? even Allah dah catatkan rezeki kite pada masa hadapan , yang penting Allah tengok usahe kite . not the natijah . so , SEMANGAT ! 




SEUZ , malam ni bosan gilee . argghhhh !
okay bai !

picture message











feeling sad . senyum ta bererti gembira . enuff for today
okay bai !



L-O-V-E

terfikir sama tak ha menyukai, menyayangi dan mencintai? tak sama kan? kalau orang tu cakap dia suka kita, tak semestinya dia sayang dan cinta kita, kan? tapi kalau dia cakap dia cinta kita, maknanya dia sayang dan suka la eh? camtu?

jom kita hayati each word of menyukai, menyayangi dan mencintai.. pendapat saya la..

bila kamu menyukai seseorang, kamu akan rasa ingin memiliki untuk keegoan kamu sendiri.

bila kamu menyayangi seseorang, kamu akan rasa ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk diriimu sendiri.

bila kamu mencintai seseorang, kamu akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwa kamu.

Suka adalah pada saat dia menangis, kamu akan berkata, “sudahlah, jangan menangis”

Sayang adalah pada saat dia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.

Cinta adalah pada saat dia menangis, kamu akan membiarkannya menangis dipangkuan kamu sambil berkata, “mari kita selesaikan masalah ini bersama”

Suka adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “tampannya/cantiknya kamu”.

Sayang adalah saat kamu melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

Cinta adalah saat kamu melihatnya, kamu akan berkata, “buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku”.

di saat orang yang kamu suka menyakitimu, kamu akan marah dan tidak mahu berbicara dengannya.

di saat orang yang kamu sayang menyakitimu, kamu akan menangis.

di saat orang yang kamu cintai menyakitimu, kamu akan berkata, “tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan”.

di saat kamu suka padanya, kamu akan memaksanya untuk menyukaimu.

di saat kamu sayang padanya, kamu akan membiarkannya memilih.

di saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

Suka adalah kamu akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

Sayang adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.


Suka adalah hal yang menuntut, Sayang adalah hal yang memberi dan 

menerima dan Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.

OKAY DAH BAI ! PENATTT !!




laugh is the best medicine ? ye ke ?

terdetik hati ingin menulis..sebab aku suke giler gelak..sampai sakit perut..then adela someone ni menegur..dan die jugak bagi aku satuu link..dan aku copy paste je..sebab ta sempat nk olah balik..aku exam petang ni..masih sempat agy nak berblogging..haish..okela..terus ke titik..ape aku nak share hari ni adalah..kite ni jangan terlebeh sangat ketawa..haa..


okay , bila kita menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pon ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lelucon pelawak2. “KEH KEH KEH KAH KAH”

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar ‘temberang’ sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. “KEH KEH KEH KAH KAH KAH”

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Ngomong2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan “ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat” “KAH KAH KAH KEH KEH KEH”

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. Ha “ah, itu kawanku,” kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. “ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata”, kata sorang hamba Allah. ”KEH KEH KEH”

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud:

“Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..”

sabda Baginda lagi : “Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati”.

“tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan”.

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa

Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan ‘hah’ kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa “KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH”





okay dah bai ! renung2 kan lahh