alhamdulillah...selesai sudah 'misi' percutian aku sempena cuti sem 2 ini..
tempat pilihan- Aqabah dan Petra..lebih kurang 500 km dari tempat tinggal aku Irbid..
okey sangatlah skema ayat aku , terus ke titik ye . Aqabah ni satu satunye pantai yg wujud kat bumi Jordan ni . setau aku lah . pantai yang sebahagian dari laut merah menjadi perebutan beberapa negara termasuklah Palestin-Israel . haishh!
Petra setau aku , ia tinggalan zaman Rom dahulu . diorang ni diberi kemahiran oleh Allah untuk memahat batu batu dan gunung gunung menjadi tempat tinggal dan hasil peninggalan diorang boleh dilihat sampai lah hari ni .
okey , nak dijadikan cerita travelog aku ni , aku pergi berenam dengan sahabat seperjuangan ku dengan menaiki kereta yang kupandang kali pertama macam tak percaya kereta itu boleh dinaikii berenam dan untuk dipandu sejauh 5ookm . but , perasaan itu hanya sesaat je . setelah meyakinkan diri dengan kemampuan sahabat ku itu untuk memandu jauh , ku kira tiada masalah . kami bertolak dari Irbid tepat jam 11 malam untuk ke Amman .
perjalanan yang sangat mendebarkan jiwa . sib bek ade laptop aku . hahaha . dalam kereta layan korea pun best woo .
sesampai di Amman , kami menentukan lokasi pertama untuk dituju . iaitu Petra
berbekalkan dengan sign board dan hasil 'study peta' dari google , kami menuju ke Petra dengan pemanduan 40-30km/h macam siput tetapi biarlah lambat asal selamat . ye dok ? dan aku rasa perjalanan pergi lebih lame dari perjalanan balik . manakan tidak , perjalanan balik dengan memecut sejauh 140-160km/h membuatkan aku dan sahabat2 lain mengucap panjang . laju gile kentang ahh . sbelum sampai ke Petra , kami kira kami telah tersesat kerana jalan yang kami lalui itu tak wujud satu signboard pun yang menunjukkan ke Petra . so malam itu kami sibuk mengire masjid . beberapa buah masjid kami lalui sehinggalah masjid kelima barulah wujud signboard ke Petra . masjid kelima menjadi lokasi perhentian yg kedua untuk menunaikan solat Subuh setelah berhenti di stesen minyak . haha .
kami meneruskan perjalanan dan sampai ke Petra around jam 5 pagi . perjalanan jauh selama 6 jam .
tepat jam 8 pagi , kami masuk ke perkampungan Petra dan berjalan jalan dicelahan batu batu pada waktu pagi membuatkan aku sangatlah teruja . its awesome memory !
and , kami meneruskan perjalanan ke destinasi iaitu Aqabah merupakan destinasi utama untuk kami tuju . bertolak dari Petra tepat jam 11 pagi dan sampai ke Aqabah around jam 2 petang . sebelum tu , tyme melepasi check point untuk ke Aqabah , kereta yg kami naiki buat hal . so , terpaksa lah drivers kami tu menukarkan tayar yang lain .
setelah sampai di Aqaba , kami mencari tempat untuk berehat . menyewa 2 buah chalet dan petang itu melepak di pantai Aqabah sambil bbq . feel weh tyme tu . and tibe tibe terasa aku ni bukan berada di negara orang . haha . merasakan di negara sendiri . sambil menikmati permandangan matahari terbenam dan ade perkara yang membuatkan aku rasa benci-didepan sana adalah negara haram-israel dan aku lihat sangatlah maju negara itu kerana cahaya bandar pada waktu malam dari arah sana sangat terang .
malam itu , kami mengambil keputusan untuk round balad Aqabah . niat untuk makan seafood tergendala kerana entahlah . aku pun tak faham kenapa . hahaha . banyak restoran yang dah tutup kot .
keesokan pagiinya , kami bertolak pulang . tepat jam 11 pagi dari Aqabah . memecut balik kerana sebelum pukul 5 ptg perlu sampai Irbid .
setelah diringkaskan ,
sekian . dah malas daa nak tulis .
p/s : balik tengok result exam semua dah kuar . peh ! tapi syukur jugak laa . walaupun tak sampai target sangat , slow slow laa . bukan senang tau . nak nak aku ni yang dulunye tak minat bahasa Arab . thank Dr Ibrahim Ubeidah . thank jugak Dr Sanaa' Furqan .
anyway , cuti masih berbaki dan the rest day is , duk umah tade watpe . best laa org tuu . pegi UK ta ajak . haha . okey dah bai !
3 hits:
haha ha 160km/j tu penting..
lor..buat homework jalan je ke? Homework pasal petra tak buat ke?
Petra bukan peninggalan Rom. Petra dibina oleh kaum nabatean tapi adela arkitek2 & designer dari Rom dtg ke Petra tu (import) utk bina skali. Sbb tu ade gaya sprt binaan Rom jugak, hakikatnya bukan dibina oleh orang Rom. Tapi pasal perkampungan2 org Rom dgn Petra tu dekat je (sprt Jerash ke Petra, Amman ke Petra - dekatla berbanding Malaysia ke Petra kan?), jadi ada la pakar2 dari Rom dtg ke Petra tu.
pic takde ke ? nak tengokkk !
Publicar un comentario