“Hidup hanya ada erti pada yang bahagia.”

aku dengar apa orang cakap

ade membe cakap time jalan jangan bawa lampu suluh , bawa cermin .


aku baru faham kenapa . 


ni member aku cakap .  


maksud jgn bawa lampu suluh ialah agar kita tak memandang kelemahan atau mencari kesalahan org..maksud bawa cermin ialah agar kita melihat diri kita sendiri dahulu sblm nak mengata org



ade member aku cakap lagi .

lu time solat duk ingat bende dunia bilaa hati nak bersih ? time solat duk pikir fasha sandha ape kes ? tu member aku cakap laa . *selepas ditapis* 
kan solat tuu kita berdialog dengan Tuhan . ni tak , tafsir Alfatihah pun ingat tak engat . (istighfar) 

tersebut dalam Sohih Muslim dari hadith al-Ala' ibn Abdur Rahman Maula al-Harqah dari bapanya Abu Hurairah dari Rasulullah S.A.W . : Firman Allah Ta'ala :

''Aku membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian , separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku.''

apabila hamba-Ku berkata : (Alhamdulillahirabbil'alamin)

Allah menjawab : ''hamba-Ku telah memuji-Ku 

apabila hamba-Ku berkata : (Arrahmani Rahim)

Allah menjawab : hamba-Ku memberi sanjungan kepada-Ku

apabila hamba-Ku berkata : (Malikiyaumiddin)

Allah menjawab : hamba-Ku telah mengagung-agungkan-Ku

dan apabila hamba itu berkata : (Iyakanakbuduwaiyya kanasta'ie)

Allah menjawab : Ini diantara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohon           kepada-Ku

apabila hamba-Ku berkata : (Ihdina siratt tal mustaqeem siratallazi naan 'am ta alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin)

Allah menjawab : Ini untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohon kepada-Ku

see , jika kita faham betul betul Surah Alfatihah yang satu ni je pun confirm confirm jadi khusyuk .
tapi masalah sekarang kenapa susaa betul nak khusyuk dalam solat . Duniawi . terlalu membelenggu . 

ade member aku cakap lagi , kalau drive jangan selalu tengok cermin belakang je , biarpun penting just fokus kat depan je . 

kenapa ?

hidup ni jangan selalu toleh belakang look forward dan lupakan kisah lalu .


terimakasih kepada member member aku yang sering cakap . 
dan aku harus dengar . 
tidak best untuk buat baik kan ? ade je yang menghalang . hai jiwa .