:: catatan untuk diri dan teman ::
dear kakak nur hasnida ,
stop crying . i know it too hard for you . but , gagal itu suatu yang biasa dan mungkin aku juga akan melalui nya . setiap yang berjaye mesti menempuhi gagal ! ingat tuu . tinggal kita yang akan berusaha lebih dan lebih lagii . mungkin Allah tak nak bagi kita lagi sebab Allah nak tegur kita , kita banyak leka dan bermain . so , lepas nih , do your best . kejayaan kita Allah yang tolak bukan kita yang tarik . aku menulis untuk diri aku jugak . sebab aku pernah gagal dan aku akan berusaha lagi dan exam yang lepas pun aku rasa aku tak better lagi . memang ! susah sangat . tapi satu je , kite dapat ilmu . jangan sedih lagi ehh ? aku tak pandai pujuk orang nangis :')
kita sebagai manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. Kegagalan bermakna bahawa kita belum berjaya lagi. Ingatlah bahawa kita boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal. Kegagalan bukan bermakna kita tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna kita telah mempelajari sesuatu. Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan umi ayah dengan kita . Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira. kita tidak gagal.kita hanya menemui cara yang tidak berkesan. Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu. Jika kita inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar. kita tidak harus berkata KENAPA SAYA? kita seharusnya bersyukur kerana kita telah dipilih. Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai. Sekiranya kita mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya. Kegagalan bukan bermakna kita tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna kita perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya. Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!. "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan". Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang kita lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang. Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut! Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!! Tiada siapa yang berha mengecop kita sebagai orang yang gagal,kecuali diri kita sendiri. Sekiranya kita menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa kita ke mana-mana. Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari. Apabila kita telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain. Kegagalan hanyalah satu peluang untuk kita mencuba lagi untuk berjaya!!. Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!. Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu. Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya. Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu. Sekali gagal, tidak bermakna kita telah tewas,.....kita hanya tewas apabila kita telah berputus-asa. Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu. Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat. Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa. Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut. Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan. Terseradung bukannya terjatuh. Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak. Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang. Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna. Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci. Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih. Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki. Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya. Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
Pada pendangan saya,sekiranya kita mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu. Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba. kita bukannya gagal.kita hanya tidak tahu beberapa perkara lagi. Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah kita membetulkannya. Kegagalan tidak menjadikan kita seorang yang gagal sekiranya kita tidak berputus-asa untuk mencuba lagi. Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar. Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri. Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini. Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran. kita tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.kita mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan. Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa kita lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam. Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna kita mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
sorry terlebih berfalsafah dan tulisan yang panjang dari huraian bersedia untuk gagal :)
airmata dan gagal memang pasangan yang tak bleh dipisahkan . menangis lah kamu , kerana dengan menangis kita akan rasa lega :')
smile please
Suscribirse a:
Comentarios de la entrada (Atom)
0 hits:
Publicar un comentario